Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR – Bukan UMNO yang tubuhkan Perikatan Nasional (PN), kata Pengarah Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Malah, UMNO dan BN tidak pernah pun jadi ahli PN.

”Kita nak bagi tau Amirudin Shari. Bukan UMNO yang tubuhkan PN ni.

”Jadi kenapa dituduh UMNO pulak?,” katanya yang mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari yang mendakwa PN menjadi alat kepada UMNO untuk memecahkan undi daripada diperolehi Pakatan Harapan (PH).

Menurut Amirudin, penubunan Perikatan Nasional (PN) merupakan satu impian yang menjadi kenyataan kepada UMNO.

Dakwa Amirudin lagi, UMNO tidak mahu pertandingan satu lawan satu berlaku dalam mana-mana pilihan raya, justeru penubuhan PN merupakan salah satu strategi UMNO untuk memecahkan undi dan sekaligus memenangi pilihan raya. – MalaysiaGazette

Penubuhan PN strategi UMNO untuk pecah undi – Amirudin