Gotabaya Rajapaksa. Foto DPA

COLOMBO – Bekas Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa dijangka pulang ke negara ini dari Singapura.

Jurucakap Kabinet, Bandula Gunawardena memberitahu, Rajapaksa tidak bersembunyi tetapi tarikh kepulangannya tidak diketahui.

Rajapaksa melarikan diri dari Sri Lanka selepas pergolakan besar-besaran ekoran krisis ekonomi.

Ramai penunjuk perasaan menuduh beliau salah urus kewangan negara menyebabkan harga barangan keperluan meningkat.

Rajapaksa meninggalkan Sri Lanka pada 13 Julai untuk ke Maldives, sebelum menuju ke Singapura pada 14 Julai lalu.

Beliau telah menyerahkan peletakan jawatannya sejurus selepas ketibaannya, yang diterima secara rasmi oleh Kabinet Sri Lanka pada 15 Julai.

Bekas presiden itu mengembara bersama isteri dan dua pengawal peribadinya.

Kini, Rajapaksa tidak lagi mempunyai kekebalan undang-undang sebagai ketua negara.

Singapura berkata, presiden yang digulingkan itu tidak meminta suaka politik ketika beliau tiba.

Rajapaksa pada mulanya telah diberikan visa 14 hari untuk tinggal di Singapura dan kini telah dilanjutkan 14 hari lagi, lapor media tempatan Singapura hari ini.

Sebelum ini beberapa spekulasi mendakwa beliau
mungkin berpindah ke Emiriah Arab Bersatu.

Bagaimanapun Bloomberg memetik seorang pegawai Sri Lanka yang tidak dinamakan berkata, Rajapaksa berminat untuk kembali ke Colombo.

Kemudian pada hari Selasa, Gunawardena berkata: “Pada pengetahuan saya dia dijangka akan kembali”. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast