Chong Eng (kiri) ketika bercakap dengan pihak media di Pejabat MBSP, Pulau Pinang hari ini.

SEBERANG PERAI – Pusat jagaan ibu selepas bersalin (postnatal)yang  tidak dikawalseliakan oleh agensi kerajaan mahupun pihak berkuasa tempatan (PBT) dipercayai punca penularan penyakit berjangkit.

Ditambah pula keperluan postnatal yang semakin meningkat dalam kalangan ibu bapa, terutamanyamereka yang tidak mempunyai ahli keluarga terdekat untuk membantu ibu-ibu dalam tempoh pemulihan selepas bersalin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Agama Bukan Islam negeri, Chong Eng berkata, berdasarkan pemantauan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendapati hanya 14 daripada 47 postnatal yang beroperasi di negeri ini berlesen.

“Isu tiada lesen ini tidak harus berterusan, kerana pusat-pusat ini menjaga golongan ibu baru bersalin dan bayi maka harus ada suatu garispanduan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu Garis Panduan Pusat Jagaan Ibu Selepas Bersalin yang akan digunapakai oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

“Dengan adanya garis panduan ini, pusat jagaan ibu selepas bersalin dan bayi dapat beroperasi dengan lebih selamat dan kondusif, dan itu merupakan matlamat utama kerajaan Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Tambah Chong Eng, melalui pelesenan ini, kerajaan negeri dapat memastikan aktiviti perniagaan tersebut dapat dikawal dan mematuhi garis panduan serta syarat demi kebaikan semua pihak.

“Selain itu,  secara tidak langsung dapat mencegah berlakunya penyakit berjangkit tular tanpa sebarang pemantauan.

“Dengan langkah ini perkhidmatan penjagaan, rawatan ibu selepas bersalin dan bayi dapat beroperasi dengan lebih selamat dan kondusif di Pulau Pinang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast