KUALA LUMPUR – Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana, 37, berkongsi kegembiraan apabila dapat membeli sebuah kereta Mercedes Benz GLC terbaru bernilai hampir RM300,000 di pasaran.
Menerusi Insta Story miliknya, ibu kepada dua anak itu memberitahu beliau sudah lama berhasrat mahu memiliki kereta itu yang akhirnya menjadi realiti.
“Hari ini Sarah beli kereta impian dengan hasil titik peluh sendiri yang Sarah dapat sejak kerja balik. Ya Allah tak sabarnya,” luahnya gembira.
Sejak bulan lalu nama Ira Kazar menjadi bualan ramai apabila didakwa menjadi orang ketiga menggangu rumah tangga pengarah Syamsul Yusof dan Puteri Sarah.
Baru-baru ini tular perkongsian dimuat naik oleh seorang individu di aplikasi TikTok sekaligus mengejutkan ramai yang memuat naik video memaparkan perbualan tentang Ira Kazar yang dikatakan ada hubungan intim dengan seseorang.
Syamsul ketika ini ‘meledak’ dengan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang mencecah kutipan RM90 juta di pawagam.
Puteri Sarah, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah. – MalaysiaGazette