Paludan negara gagal Kedah padi ringgit Malaysia
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Pemimpin Kanan DAP, Lim Kit Siang menafikan parti itu mendominasi Kabinet ketika Pakatan Harapan (PH) berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, adalah tidak munasabah DAP yang hanya mempunyai enam menteri boleh menguasi Kabinet yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad seramai 28 orang.

Kit Siang mengulas dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa DAP menguasai Kabinet PH.

“Perdana Menteri, Ismail Sabri mewajarkan konspirasi Sheraton Move pada Konvensyen Barisan Nasional Selangor semalam dengan dakwaan penguasaan DAP dalam kerajaan Pakatan Harapan.

“Bagaimana ini boleh berlaku, kerana DAP mempunyai enam Menteri dalam Kabinet Pakatan Harapan yang mempunyai 28 anggota – bagaimana enam ahli boleh menguasai 28 ahli?

“Sama seperti dakwaan DAP anti-Melayu dan anti-Islam, dakwaan ini terhadap Penguasaan DAP dalam Kerajaan Pakatan Harapan tidak mempunyai asas atau kebenaran sama sekali,” katanya.

Dalam kenyataan yang dikongsi di Facebooknya, Kit Siang mendedahkan dia tidak pernah memberi sebarang cadangan kepada Dr. Mahathir ahli Parlimen yang patut dilantik ke dalam Kabinet yang dipimpinnya.

“Saya tidak pernah mencadangkan kepada Tun Dr. Mahathir (siapa) yang patut dilantik ke Kabinet atau jawatan tinggi, atau jawatan yang patut disandangnya sebelum atau selepas Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri Kerajaan Pakatan Harapan

“Saya mahu Mahathir bebas, berdasarkan janji Pakatan Harapan dalam Manifesto Pilihan Raya,” kata Kit Siang.

Pemimpin Kanan DAP itu berkata, dia hanya bertemu Dr. Mahathir pada pertengahan tahun 2019 untuk mengingatkan beliau mengenai pentingnya PH menunaikan janji yang dibuat semasa pilihan raya.

Beliau turut memberitahu Dr. Mahathir supaya berterus terang kepada rakyat sekiranya kerajaan pimpinannya tidak dapat menunaikan janji yang telah dibuat kepada rakyat.

“Saya berharap untuk bertemu Perdana Menteri pada pertengahan penggal Kerajaan Pakatan Harapan, sama ada Mahathir atau Anwar Ibrahim.

“Tetapi Kerajaan Pakatan Harapan telah digulingkan secara tidak berperlembagaan, tidak demokratik dan tidak sah pada penghujung Februari 2020 selepas 22 bulan – Sheraton Move yang terkenal. .

“Kita mesti menyedarkan rakyat bahawa parti-parti Pakatan Harapan serius dengan ikrar Pakatan Harapan, dan kita diberi tempoh lima tahun untuk menunaikannya,” kata Kit Siang.

Bagaimanapun dalam tempoh 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan telah digulingkan dan dinafikan tempoh lima tahun untuk melaksanakan janji yang dibuat. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. kwh kah kah..org bodoh jaa percaya cakap ko ni…parti Mahathir ada berapa kerusi dlm kerajaan PH? Sape yg paling ramai? Mahathir boleh buat suka hati kah tanpa kebenaran dari DAP? Sekali DAP tekan butang, Mahathir terlingkup! kih3

Comments are closed.