Pengurus Bahagian Kejenteraan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Mohammad Fauzie Tamin bersama jentera JX Straddle yang dipamerkan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di MAEPS Serdang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 12 OGOS 2022.

SERDANG – Kecil-kecil cili padi namun penggunaannya memberi impak besar apabila dapat mengurangkan 80 peratus tenaga kerja, itu antara kelebihan jentera pertanian yang dibekalkan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) untuk kemudahan petani dan peladang.

Selain boleh digunakan untuk menuai padi, jentera Case Ih juga boleh digunakan untuk kerja-kerja di ladang kelapa sawit.

Menurut Pengurus Bahagian Kejenteraan Nafas Mohammad Fauzie Tamin, jentera yang direka khas untuk kerja-kerja lasak berkenaan bukan saja dapat mengurangkan kos operasi petani dan peladang, dalam masa yang sama turut menjimatkan masa kerja pertanian.

“Jentera ini direka khusus untuk kegunaan sawah padi dan ladang-ladang sawit untuk kerja-kerja berat. Jentera ini jenama premium memang direka khusus untuk kerja-kerja berat dan lasak di kawasan pertanian khususnya di ladang sawit dan sawah padi.

Mohammad Fauzie Tamin

Pengurus Bahagian Kejenteraan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Mohammad Fauzie Tamin bersama jentera JX Straddle yang dipamerkan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di MAEPS Serdang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 12 OGOS 2022.

“Penggunaan jentera ini akan kurangkan tenaga pekerja 80 peratu,” katanya ketika ditemui di Laman Mekanisme, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022.

Beliau berkata, sebanyak 39 unit jentera telah dibekalkan sejak ia mula diperkenalkan tahun lalu dan sehingga kini 22 unit telah terjual.

Mohammad Fauzie menambah, saiznya yang lebih kecil berbanding jentera-jentera yang Nafas bekalkan sebelum ini membolehkannya digunakan di pelbagai jenis ladang.

Untuk rekod, bermula Mei 2021 Nafas secara rasmi menjadi pengedar kepada jentera jenama Case IH bagi menggantikan jentera yang digunakan sebelum ini.

Mohammad Fauzie Tamin menunjukkan jentera JX Straddle yang dipamerkan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di MAEPS Serdang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 12 OGOS 2022.

Dalam masa yang sama, Nafas juga telah diberi hak eksklusif oleh pengeluar untuk menjadi ejen jualan, pengedar alat ganti dan servis pembaikan untuk jentera berkenaan.

Jentera pertanian tersebut boleh dilihat di Laman Mekanisasi sepanjang MAHA 2022.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh singgah di laman berkenaan.

Selain jentera tersebut, Nafas turut membuat jualan harga murah minyak pelincir jenama NAFASLube. – MalaysiaGazette