Home Seni Hidup Filem animasi Malaysia menang di New York

Filem animasi Malaysia menang di New York

Filem animasi Walinong Sari diarahkan oleh Eugene Foo.

KUALA LUMPUR – Filem animasi pendek, Walinong Sari meraih kemenangan pada New York International Short Film Festival bagi kategori Best Soundtrack and Honorable Mention baru-baru ini.

Walinong Sari diarahkan Eugene Foo dan menampilkan Nadia Aqilah sebagai Puteri Gunung Tahan.

Pelakon terkenal lain yang turut menghidupkan watak-watak dalam filem itu ialah Bront Palarae dan Tony Eusoff.

Foo dan penulis skrip, Honey Ahmad mengumpulkan sekumpulan juruanimasi untuk mencipta filem yang diilhamkan melalui wayang kulit.

Irena Taib dan adik-beradiknya, yang juga sebahagian daripada kumpulan indie The Impatient Sisters, menulis runut bunyi.

Antara lain, Irena menggunakan strategi gabungan synthesizer dengan elemen muzik tradisional Malaysia.

Walinong Sari menceritakan kisah seorang puteri yang juga pahlawan hebat selain menjadi waris kepada kerajaan Inderapura ketika zaman pemerintahan Kesultanan Melaka.

Puteri Walinong Sari memulakan perjalanan menyusuri Sungai Pahang selepas dijodohkan.

Dia kemudian bertemu putera kayangan, Raja Mambang Segara dan bermulalah konflik.

Kemenangan ini tidak berakhir di situ kerana filem animasi hebat ini akan terus mencuba nasib di beberapa festival filem lain termasuk The Los Angeles International Film Festival, the Oniros Film Awards New York, and the New York International Short Film Festival. – MalaysiaGazette