Sebutan semula kes Bekas Panglima TLDM Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor yang berdepan dengan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) berkaitan dana syarikat pembuat kapal, Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd akan dibuat pada 24 November ini.

Ketika menetapkan tarikh itu, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Suzana Hussain membenarkan tertuduh diikat jamin RM500 ribu, dengan seorang penjamin warga tempatan.