Bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor berdepan dengan tiga tuduhan pecah amanah membabitkan dana Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) lebih RM21 juta, pada 2010 dan 2011, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau yang juga bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Suzana Hussain.