petrol station fuel supply shortage
Kerajaan memperuntuk lebih RM55 bilion khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif di bawah Bajet 2023.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak lima sen seliter daripada RM4.40 ke RM4.35 seliter bagi tempoh 18 Ogos hingga 24 Ogos 2022.

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel masih kekal RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter, kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kerajaan masih mengekalkan harga RON95 dan diesel sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telahmeningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette