Duta Palestin ke Malaysia, Brunei dan Maldives Walid Abu Ali (empat kiri) bersama Presiden Al-Quds University Prof. Imaf Abu Kishek (tiga kiri) bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak (tiga kanan) di Pejabat Malaysia Gazette Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 19 OGOS 2022.

KUALA LUMPUR – Duta Palestin ke Malaysia, Brunei dan Maldives, Walid Abu Ali mengunjungi pejabat Malaysia Gazette (MG) di sini semalam.

Selain berkenalan dengan kakitangan MG, beliau juga mengucapkan terima kasih atas keprihatinan media di negara ini memperjuangkan isu Palestin.

Menurutnya, beliau berbangga rakyat Malaysia merupakan penyokong kuat perjuangan rakyatnya menentang rejim zionis.

Turut mengiringi beliau adalah Presiden Al-Quds University Prof. Imaf Abu Kishek dan Penasihat Keagamaan dan Modal Insan Yayasan Prihatin Nasional, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar.- MalaysiaGazette