TAIPING – Mesyuarat Exco kerajaan negeri sebulat suara tidak membantah cadangan projek pembinaan landasan kereta api kargo dari Kanthan, Chemor ke Pelabuhan Lumut oleh sebuah syarikat swasta tempatan, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Katanya, bagaimanapun, projek menerusi inisiatif pembiayaan swasta (PFI) itu belum diluluskan lagi walaupun kesemua anggota exco kerajaan negeri secara dasarnya telah menyatakan persetujuan.
“Tiada bantahan daripada anggota Exco kerajaan negeri asalkan (projek) itu tidak membebankan kerajaan negeri.
Hadir sama, Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia, Brigadier Jeneral Mohd Azmurin Mat Khalib dan Yang Dipertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Perak, Leftenan Kolonel (Bersara), Aminuddin Ab Karim.
Saarani berkata sekiranya projek pembinaan kereta api kargo itu dilaksanakan akan merancak dan memperkasakan industri baharu di sekitar daerah Kinta.