Petugas Kesihatan mengendalikan seorang jenazah pesakit Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 17 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 bertambah sebanyak 2,464 semalam, menjadikan kes keseluruhan kepada 4,719,711.

Daripada jumlah itu 16 kes import.

Data COVIDNOW turut melaporkan sebanyak sembilan kes kematian dalam tempoh sama.

Pertambahan itu menjadikan kes kematian sebanyak 36,145.

Kes aktif pula berkurangan menkado 38,918 berbanding kelmarin.

Daripada jumlah itu 1,409 kes masih dirawat di hospital.

Sebanyak 69 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 33 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette