Isham Jalil

KUALA LUMPUR ”…habis tu Zainab itu bini siapa?,” tanya Isham Jalil.

Pertanyaan itu menyusul dibuat selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abd Latiff Ahmad menyangkal dakwaan  Rafizi Ramli bahawa Zainab Mohd Salleh, merupakan isteri keduanya yang dikaitkan dalam ketirisan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, penafian itu bermakna sama ada Timbalan Presiden PKR  atau Abd Latiff yang menipu.

Ataupun, kedua-dua yang menipu.

Artikel berkaitan: Rafizi nak dedah nama ahli politik seleweng projek LCS esok

Rafizi dakwa Abdul Latiff terlibat skandal LCS

”Kamu dua orang samanlah sesama sendiri dan bawa pergi mahkamah tengok siapa betul. PH dan PN ini memang macam inilah. Tembak sesama sendiri lepas itu salahkan orang lain.

”Drama PH/PN minggu ini. Buang masa betul,” kata Isham. – MalaysiaGazette

Zainab bukan isteri saya – Abd Latiff