Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan dirinya telah menggunakan sumbangan politik bernilai RM6 juta yang telah di terimanya melalui Yayasan Akalbudi miliknya untuk sebarang kegunaan peribadi.
Dana RM6 juta itu telah di terima oleh Ahmad Zahid daripada Timbalan Pengarah Urusan Datasonic Group Berhad (DGB) Chew Ben Ben.