Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,078 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,759,830.

Daripada jumlah itu, 12 adalah kes import.

Kuala Lumpur merekodkan kes tertinggi sebanyak 457, Selangor (427), Sabah (210) dan Perak (160).

Jumlah kematian meningkat 10 kes kepada 36,155.

Manakala kes aktif yang direkodkan dalam tempoh sama pula sebanyak 37,696, termasuk 1,409 kes dirawat di hospital.

Sebanyak 69 kes di hospital ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 39 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast