Ramli (tengah) menyaksikan Majlis Serah dan Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Pahang, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi dan Ketua Polis Daerah Raub di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

KUANTAN – Tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh remaja perempuan Orang Asli berusia 14 tahun.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed berkata, ketiga-tiga lelaki Orang Asli itu direman selama seminggu bermula hari ini.

Menurut beliau, suspek berusia 22 sehingga 38 tahun telah ditahan semalam bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat namun motif sebenar kejadian masih dalam siasatan. Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Serah dan Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Pahang, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi dan Ketua Polis Daerah Raub di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang hari ini.

Terdahulu MalaysiaGazatte melaporkan insiden penemuan mayat gadis berkenaan yang tular di media sosial. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Gadis remaja Orang Asli ditemui mati dalam semak