Petugas hospital membawa mayat selepas dipercayai jangkitan wabak Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur. Foto arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Kes kematian akibat Covid-19 bertambah 11 lagi semalam, menjadikan angka keseluruhan sebanyak 36,166.

Daripada jumlah itu tiga kes berlaku di luar hospital.

Manakala kes baharu jangkitan yang dilaporkan dalam tempoh sama meningkat sebanyak 2,722 termasuk lima kes import.

Pertambahan itu menjadikan kes jangkitan tempatan kepada 4,724,494, menurut data COVIDNOW.

Kes aktif yang direkodkan pula sebanyak 35,551 termasuk 1,384 di hospital.

Daripada angka itu 68 kes ditempatkan di unit rawatan rapi termasuk 41 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pula 4,856. – MalaysiaGazette