Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus.

KUANTAN – Sebanyak 1,000 pembedahan katarak berjalan dilakukan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di Temerloh.

Malah HoSHAS dijangka akan mencapai 1,500 pembedahan katarak pada hujung tahun ini.

Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, sehingga bulan Julai lalu, jumlah pembedahan katarak tertunggak melibatkan 411 pesakit.

“Pesakit yang akan menjalani penbedahan katarak kebiasaannya diberi masa menunggu bagi pembedahan katarak mencecah hingga ke empat bulan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu katanya, Jabatan Oftalmologi HoSHAS telah mengadakan Karnival Katarak iaitu satu program pembedahan katarak beramai-ramai selama empat hari bermula dari 22 hingga 25 Ogos lalu.

“Program ini dijangka akan memendekkan masa menunggu pembedahan katarak dari empat bulan kepada enam minggu.

“Jabatan Kesihatan Pahang akan meneruskan program murni ini dan sentiasa komited bagi memperbaiki kualiti perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat melalui aktiviti-aktiviti promosi kesihatan,” katanya.

Selain itu, JKNP turut menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik di fasiliti-fasiliti kesihatan sedia ada dan mempergiatkan aktiviti-aktiviti saringan di lapangan. – MalaysiaGazette