Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia memandang serius penemuan laporan audit forensik yang telah diterbitkan mengenai skandalĀ  kapal tempur pesisir (LCS) yang antara lain menimbulkan dakwaan penglibatan seorang menteri daripada partinya.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri berkenaan, Datuk Abd Latiff Ahmad telah mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan beliau.

“Sebagai sebuah parti yang menjunjung prinsip integriti dan ketelusan, Bersatu menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan ini sekiranya berasas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Muhyiddin, beliau pernah melontarkan sebelum ini supaya Kabinet wajar menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat skandal LCS dengan lebih menyeluruh. – MalaysiaGazette