Seorang lelaki yang tidak dikenali diarahkan oleh anngota polis untuk beredar selepas membuat kecoh semasa prosiding kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 25 OGOS 2022.

KUALA LUMPUR – Polis telah selesai merakam keterangan daripada seorang lelaki misteri yang muncul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam ketika kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berlangsung di Mahkamah Tinggi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pegawai polis telah pergi ke rumah lelaki itu di Serendah, Hulu Selangor dan membawanya ke balai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk diambil keterangan yang selesai pada jam  jam 9.30 malam untuk membantu siasatan.

“Keterangan lelaki itu tidak konsisten ketika dirakam percakapannnya serta banyak merapu manakala keluarganya ada menunjukkan kad perubatan individu itu yang menunjukkan dia mempunyai masalah kesihatan mental dan sedang menjalani rawatan susulan,” katanya kepada malaysiaGazette, hari ini.

“Kita akan lengkapkan kertas siasatan selepas ini dan akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan tindakan lanjut,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki misteri buat kecoh di mahkamah alami masalah kesihatan mental

Lelaki misteri buat kecoh di mahkamah bukan penyokong Najib

Tambah beliau, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.

Semalam Eng Lai berkata, lelaki tersebut yang merupakan seorang guru mempunyai masalah kesihatan mental.

Katanta, walaupun petugas di mahkamah telah melarang dan menghalang lelaki berkenaan daripada memasuki kamar mahkamah dia  bertindak membuat ucapan dengan suara yang kuat ke arah media yang sedang terlibat dalam tugas liputan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad. – MalaysiaGazette