Azalina Othman said
Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia) bertarikh 29 Ogos lalu.

Perkara itu disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan media hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menerima peletakan jawatan beliau dengan notis sebulan seperti yang dimaklumkan dalam surat berkenaan.

“Notis sebulan diberikan bertujuan menyelesaikan kerja-kerja yang berkaitan dengan kakitangan beliau, namun dalam tempoh itu, Azalina tidak lagi bertugas di Pejabat Perdana Menteri kerana diberi cuti mulai 1 September sehingga tamat notis pada akhir September,” katanya.

Ismail Sabri turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Azalina atas perkhidmatan yang telah diberikan sepanjang tempoh beliau berkhidmat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ni baharu pemimpin yg tegas dan berperinsip…tidak tunduk kepada tekanan apatah lagi tawaran jawatan..syabas Dato’ Seri

Comments are closed.