Rakaman pergaduhan bandar Mentakab yang tular di media sosial.

KUANTAN – Seramai tujuh individu termasuk seorang remaja berusia 19 tahun ditahan kerana selepas disyaki terlibat dalam pergaduhan di tepi jalan bandar Mentakab malam tadi.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Azhar Mohd Yusof dalam kenyataannya berkata, pihaknya mengesan rakaman video pergaduhan sekumpulan lelaki berdurasi 10 saat tersebar melalui aplikasi “Whatsapp”.

Katanya, kejadian di percayai berlaku pada 31 Ogos kira-kira jam 12.05 tengah malam hingga 12.20 tengah malam.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 147 kanun Keseksaan iaitu merusuh di tempat awam dan juga melakukan gaduh gempar di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan,”katanya.

Susulan penularan rakaman video berkenaan, plhaknya telah menahan tujuh lelaki  berumur dalam lingkungan 19 tahun hingga 35 tahun di sekitar kawasan bandar Mentakab kerana disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.

“Pihak polis juga akan meneruskan usaha-usaha untuk mengesan saki baki yang teribat dalam kes ini,”jelas Mohd Azhar.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan diminta menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat ASP Imawathy Mohamad Yusof di talian 012-2822874 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast