Sekitar pertemuan Pengarah Pejabat Komunikasi Korporat Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Nahrizul bersama Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak di Pejabat Malaysia Gazette Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, O6 SEPTEMBER 2022

KUALA LUMPUR – Malaysia Gazette hari ini menerima kunjungan daripada perwakilan  Universiti Malaya (UM).

Rombongan diketuai oleh Pengarah Pejabat Komunikasi Korporat universiti tersebut, Prof. Madya Dr. Nahrizul Adib Kadri.

Turut menyertai kunjungan itu, Penolong Pendaftar UM, Mastura Mohamad Yusoff; Pembantu Tadbir, Siti Rahayu Sahar dan Pegawai penerbitan, Mariam Hariz Fadzillah.

Rombongan yang tiba kira-kira 9.50 pagi itu menerima taklimat daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Gazette, Noraini Abd. Razak dan Pengurus Besar Pemasaran dan Acara Malaysia Gazette, Chloe Siao Hui Boon.

Pengarah Pejabat Komunikasi Korporat Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Nahrizul meninjau studio Malaysia Gazette di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, O6 SEPTEMBER 2022

Kedua-dua pihak turut berbincang tentang rancangan dan peluang kerjasama pada masa akan datang.

Selain itu, kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pandangan mengenai kualiti pemberitaan pada masa ini khususnya dalam aspek pendidikan.

Rombongan tersebut kemudian dibawa melawat ke studio Malaysia Gazette. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Sebagai menyahut cabaran presiden PAS mengenai dakwaan activiti rasuah dinegara ini, netizen cadangkan UM sebabagi sebuah universiti unggul dan berprestej membuat sebuah kajian PHD studentnya berkenaan kes rasuah dinegara ini, siapa majoriti pemberi rasuah by ethnicity, penerima rasuah, sebab2 rasuah, zaman bermulanya rasuah, bailout dan sebagainya.

    Data2 sains dan management ini sangat penting dari sudut ilmiah dalam merangka undang2 dan polisi2 dimasa hadapan.

    Fikir2kan!

Comments are closed.