Paula Concepcion Santos. foto NY Post

FLORIDA – Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang memegang pistol secara tidak sengaja menembak seorang bayi berusia 5 bulan di sebuah rumah di sini.

Kejadian itu menyebabkan seorang wanita yang menjaga kedua-dua kanak-kanak tersebut ditangkap kerana melakukan pengabaian.

Polis bergegas ke sebuah kediaman di Tampa sekitar jam 1 tengah hari, Sabtu lalu selepas mendapat panggilan seorang bayi telah ditembak di pinggul, kata Jabatan Polis Tampa dalam satu kenyataan.

Paula Concepcion Santos, 25, telah ditangkap dan didakwa atas kesalahan pengabaian kanak-kanak dengan kecederaan parah pada tubuh badan.

Bayi itu dibawa ke hospital untuk dirawat kerana kecederaan yang tidak mengancam nyawa.

Concepcion Santos didakwa memberitahu detektif bahawa kanak-kanak berusia 3 tahun itu memegang pistol yang dimuatkan peluru dan secara tidak sengaja melepaskannya.

Detektif masih cuba untuk menentukan dengan tepat bagaimana tembakan itu berlaku.

Polis belum mendedahkan hubungan Concepcion Santos dengan dua kanak-kanak itu.

Wanita itu masih dipenjarakan dengan bon $15,000.

“Walaupun kami sangat bersyukur bayi ini tidak cedera parah, ini harus menjadi peringatan kepada setiap ibu bapa atau penjaga untuk memastikan senjata mereka selamat,” kata Ketua Polis Tampa Mary O’Connor sambil menambah kanak-kanak sepatutnya tidak boleh akses senjata api.

Senjata api juga sepatutnya sentiasa disimpan dalam peti besi berkunci dengan peluru disimpan secara berasingan, ujarnya. – NY Post

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast