JOHOR BAHRU – Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini meriah dengan sorakan lebih 3,000 penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila pasukan itu berjaya menggunguli perlawanan akhir Piala FA 2022 menentang Terengganu FC malam ini.
Suasana riuh serta kibaran bendera Johor bertambah gamat dengan gelagat sebahagian penonton berlari ke tengah dataran meraikan kemenangan JDT selepas menonton perlawanan melalui skrin besar.
Muhammad Syafiq Haikal Zulkefli,20, teruja dengan kemenangan JDT dan menyifatkan permainan pasukan kesayangannya itu sememangnya sentiasa konsisten.
Dalam pada itu itu, dia yang datang dari Kempas seawal pukul 6 petang juga gembira apabila kerajaan negeri mengumumkan cuti peristiwa sempena kemenangan JDT.
“Saya sangat bangga sebab JDT menang malam ini..bangga. Terima kasih Johor. JDT memang tidak pernah mengecewakan,” katanya yang gembira apabila pasukan berkenaan berjaya menewaskan Terengganu FC 3-1 dalam perlawanan malam tadi.
Sementara itu, seorang lagi penyokong JDT, Rosnah Abdullah, 39, juga gembira dan berpuas hati dengan kemenangan itu.
“Gembira sangat. Hidup JDT,” katanya.
JDT terus membuktikan kejaguhan apabila muncul juara Piala FA Malaysia 2022 selepas berjaya menundukkan Terengganu 3-1 pada final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani berkata, kerajaan negeri memutuskan esok sebagai cuti peristiwa bagi seluruh rakyat negeri itu.
Cuti Khas Peristiwa itu berikutan kejayaan pasukan JDT menjuarai Piala FA Malaysia 2022, katanya. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: