Nations of Women (NOW) Sabah telah dilancarkan dengan harapan memperkasakan peranan wanita secara strategik dalam keusahawan di negeri itu.

KUALA LUMPUR – Nations of Women (NOW) Sabah telah dilancarkan dengan harapan memperkasakan peranan wanita secara strategik dalam keusahawan di negeri itu.

Pelancaran disempurnakan oleh Persatuan Industri Kecil Dan Sederhana Wanita (IKSnita) Sabah, Datuk Dayang Khatijah Datu Bactiyal di Sipadan 2, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu, Sabah kelmarin.

Dayang Khatijah juga merupakan Ketua NOW Chapter Sabah-Malaysia.

Datuk Dayang Khatijah Datu Bactiyal

Dalam ucapannya, beliau mahu melihat lebih ramai usahawan wanita di Negeri Di Bawah Bayu dilahirkan seterusnya membantu meningkat ekonomi negara.

“Saya sudah 15 tahun memperjuangkan wanita dan berharap ia akan menjadi lebih baik pada masa depan,” katanya.

Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 120 usahawan wanita negeri itu.

Sempena perasmian NOW Sabah beberapa forum melibatkan beberapa penceramah termasuk Pengerusi Koperasi Wanita Berjaya Baru Sapi Sandakan Berhad, Rahimah Asrah dan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan Sabah, Dr. Fatimah Sabrina Moahmad.- MalaysiaGazette