zahid hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersedih dan kecewa menerima berita tentang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terpaksa dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan.

Beliau berdoa dengan sepenuh hati semoga Allah SWT memberi kesembuhan kepada Najib dan sentiasa melindunginya daripada sebarang bahaya.

“Saya juga menuntut agar bekas Perdana Menteri itu mendapat hak keselamatan, kesihatan dan kemanusiaan yang sewajarnya walaupun dipenjarakan.

“Kepada seluruh ahli keluarganya, saya berharap mereka semua tetap tabah dan cekal. Insya-Allah kebenaran akan terlihat apabila tiba masanya,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu, Najib disahkan mengalami alahan teruk akibat ubat darah tinggi yang diambil oleh beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast