SYDNEY – Seorang lelaki Australia maut selepas diserang oleh seekor kanggaru yang dipeliharanya sebagai haiwan peliharaan, kata polis.
Lelaki berusia 77 tahun itu ditemui parah di rumah beliau di Redmond, kira-kira 400 kilometer (250 batu) di selatan Perth oleh saudaranya.
Kanggaru berkenaan didakwa menghalang anggota paramedik yang tiba untuk merawat mangsa, mengakibatkan ia ditembak mati.
Malah, mangsa turut meninggal dunia.
Polis percaya, warga emas itu telah diserang oleh kanggaru.
Australia mempunyai 50 juta populasi kanggaru tetapi serangan oleh haiwan itu jarang berlaku.
Ini adalah kematian pertama yang dilaporkan di Australia sejak 1936. – BBC