PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seorang wanita berusia 36 tahun dilaporkan hilang sejak semalam di Kampung Semat Jal, Tumpat, dipercayai menjadi mangsa kes culik.

Ketua Polis Daerah Tumpat, ACP Amran Dolah berkata, dalam kejadian pukul 5.10 petang itu, mangsa dipercayai dilarikan oleh empat suspek lelaki menggunakan sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna perak.

“Suspek juga dikatakan bersenjatakan pistol dan ketika kejadian kereta yang dipandu dilihat menghala ke Wakaf Bharu, Tumpat.

“Polis Tumpat mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian itu dan kes masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amran berkata orang ramai yang terjumpa dengan kenderaan terbabit diminta memaklumkan segera kepada Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menerusi talian 09-7450999 atau Gerakan Daerah 09-7257222 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat.

“Saya memohon kerjasama daripada orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast