Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh diminta menghentikan serangan peribadi kepada Datuk Seri Rina Harun.

Ketua Penerangan Srikandi Bersatu, Mastura Mohd Darby berkata, pemimpin DAP itu berbuat demikian kerana kecewa kerana tidak lagi berada dalam kerajaan.

Jadi Hannah selalu menyerang peribadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang ada sekarang yang banyak membawa kejayaan dalam program-programnya.

“Setelah beberapa bulan kita melihat kejayaan demi kejayaan, program demi program yang diterajui dan dicetuskan oleh Rina untuk golongan wanita dan terbaharu adalah promosi untuk Program Keusahawanan Wanita Bangkit@ KPWKM yang dikritik Hannah.

Mastura Mohd Darby

“Ini bermakna cara promosi yang dicetuskan oleh Datuk Rosyam Nor sebagai duta kempen telah berjaya menarik wanita untuk hadir dalam program tersebut.

“Justeru, Hannah Yeoh tidak perlu mempolitikkan semua perkara dan mengecil-ngecilkan peranan sesiapa pun dalam menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mastura juga bertanya sama ada Hannah cemburu kerana wanita Melayu kini ramai yang bangkit semula berniaga dan teruja untuk mendapatkan bantuan agar dapat maju dalam perniagaan.

“Apa pula sumbangan Hannah semasa menjadi Timbalan Menteri Wanita dulu? Janganlah cemburu dengan kejayaan dan usaha-usaha Rina sebaliknya teruslah berbakti untuk masyarakat bukan mencari salah dan berusaha menjatuhkan orang lain,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. pompuan tu semua datang nak tengok rosyam nor. bukan nak sertai program bangang rina harun. jangan ler perasan sangat!

Comments are closed.