Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang sepatutnya dibuat malam esok ditangguhkan dan dijadualkan semula pada 30 September ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Mesyuarat Khas MT UMNO itu ditangguhkan ekoran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO pada malam yang sama akan merasmikan Sukan Malaysia (Sukma) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.

“Tarikh baru mesyuarat ialah pada hari Jumaat 30 September, pukul 8 malam yang merupakan mesyuarat penuh MKT UMNO,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga  menjemput pimpinan parti untuk menghadiri Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional Malaysia yang bermula 2 petang esok di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette