Serbuan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang menemukan sebuah kilang melebur logam secara haram di kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan pada 16 September lalu

KUANTAN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang menyerbu sebuah kilang peleburan logam secara haram di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan pada Jumaat lalu.

Menurut kenyataan JAS, operasi dilakukan selepas jabatan itu menerima aduan orang awam berkenaan pengoperasian kilang itu.

“Operasi dilakukan oleh Pasukan Operasi Penguatkuasaan JAS Cawangan Gebeng dibantu oleh Penguatkuasa JAS Negeri Pahang serta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Justeru JAS mengarahkan kilang tersebut menghentikan operasi serta merta.

Menurut kenyataan itu, kes masih dalam siasatan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast