Pakatan Harapan PH flag Sarawak state election polls
Bendera Pakatan Harapan

KUANTAN – Wanita dan Angkatan Muda Pakatan Harapan (PH) Negeri Pahang sudah memperkemaskan struktur jawatankuasa dan hala tujunya sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15.

Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Amanah) Pahang, Noraini Abdul Ghani telah dipilih mengetuai jawatankuasa berkenaan.

Manakala Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman (DAP) pula  dikekalkan sebagai Ketua Angkatan Muda Harapan Pahang.

Wanita PH Pahang dalam kenyataannya berkata, struktur jawatankuasa itu bertujuan  memperkasa kekuatan jentera wanita dari parti-parti gabungan PH untuk memastikan kemenangan di negeri ini.

“Wanita PH Pahang  bersedia menyambut siri Jelajah Wanita PH ke negeri Pahang yang dijadualkan ke seluruh negara dalam usaha kempen PRU-15 nanti.

“Dengan barisan jawatankuasa yang telah dikemaskini, kami yakin kerjasama padu dari semua komponen wanita gabungan PH Pahang akan menjayakan perjuangan reformasi politik di negeri ini untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya,” jelas kenyataan itu.

Dalam kenyataan berasingan, Angkatan Muda Harapan Pahang turut menyatakan komitmen untuk menjadi tuan rumah seterusnya dalam siri Jelajah Anak Muda Harapan dan Pentas Anak Muda yang akan diadakan di Temerloh.

Katanya, Angkatan Muda Harapan bersedia menggempur di lapangan dan telah mensasarkan beberapa kawasan berpotensi untuk ditawan pada pilihan raya akan datang.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here