Gelagat sekumpulan maskot hantu pada Pelancaran Media “Nights of Frights 8- Fear Lives Heres! “ ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sunway Lagoon, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 30 SEPTEMBER 2022.

PETALING JAYA – Selepas dua tahun menyepi disebabkan pandemik Covid-19, festival terbesar dan paling dinanti di Malaysia iaitu Nights of Fright (NOF) akhirnya kembali untuk tahun kelapan.

Bermula Jumaat lalu hingga 31 Oktober 2022, Sunway Lagoon menjadi tuan rumah untuk lapan rumah berhantu dan menjanjikan lebih ketakutan berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Selain daripada rumah hantu, antara tarikan yang ditawarkan adalah teater berhantu, zon menakutkan, thrill rides dan juga beberapa persembahan di pentas utama.
Tahun ini, NOF8 yang bertemakan Serigala Jadian dianjurkan seawal jam 7:30 malam sehingga 11:30 malam setiap hari Jumaat sehingga Ahad bermula pada 30 September 2022 dan akan berakhir pada 31 Oktober depan.
Gelagat sekumpulan maskot hantu pada Pelancaran Media Nights of Frights 8- Fear Lives Heres! ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sunway Lagoon, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 30 SEPTEMBER 2022.

Di dalam festival rumah hantu ini, pengunjung dapat menyaksikan amukan serigala jadian yang kelaparan dan sedang mencari mangsanya untuk dijadikan sebagai hidangan.

Bermula dengan The Harvest, ia merupakan salah satu rumah hantu yang berada di kawasan terbuka dan memaparkan sebidang tanah yang terbiar kerana tidak diampuni sampai bila-bila.

Manusia yang tinggal mati manakala hasil tuaian terakhir mereka musnah dan hanya orang-orang (scarecrow) yang terselamat.

Gelagat sekumpulan maskot hantu pada Pelancaran Media “Nights of Frights 8- Fear Lives Heres! “ ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sunway Lagoon, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 30 SEPTEMBER 2022.

The Hotel Deville pula menyajikan kejahatan hidup di mana setiap yang mendaftar masuk tidak mungkin akan keluar. Malah pekerja hotel ini membenci setiap pelawat yang hadir jadi anda perlu berjaga-jaga mereka mungkin di belakang anda!

Menerokai Viva Mexico, rumah hantu ini menyaksikan perlawanan gusti di bawah tanah dan paling berprestij yanh cuba menghampiri dan menakutkan anda. Selain itu, penonton dapat melihat Rey Mysterio Jr, El Santo dan Dr Wagner yang membuat penampilan sulung mereka.

Unsur seram terus menghantui pengunjung dengan kemunculan jerung yang cuba menyerang pengunjung selian  terpaksa berjalan dalam keadaan yang gelap di mana hanya lampu kecemasan dibuka dan dipanggil Darknado.

Pengunjung ketakutan semasa melihat maskot hantu selepas Pelancaran Media Nights of Frights 8- Fear Lives Heres! ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sunway Lagoon, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 30 SEPTEMBER 2022.

Pengunjung perlu berati-hati kerana anda mungkin menjadi perhatian haiwan yang menanti mangsanya.

Zombie Hunters pula menanti dengan aksi Zombie yang berkeliaran dan sedang dahagakan darah manusia namun Zombie SWAT cuba untuk menahan mereka daripada mengejar anda. Oleh itu, anda perlu menyelamatkan diri sebelum menjadi santapan mereka.

Sementara itu, lawatan ke rumah 99 doors Mansion  yang terkenal iaitu tempat pembunuhan John Saint Maur Ramsden yang masih belum dapat diselesaikan di sebuah kawasan di Estet Byram miliknya di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada tahun 1948.

Rumah agam misteri cukup mendebarkan apabila roh-roh hantu berkeliaran di kediaman tersebut. Namun selepas seminggu ia kemudian terbakar sehingga menyebabkan 99 pintu tersebut musnah dan rumah itu seperti hidup kembali dan dirasuk oleh hantu-hantu yang menyeramkan.

Pengunjung ketakutan semasa melihat maskot hantu selepas Pelancaran Media Nights of Frights 8- Fear Lives Heres!  ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sunway Lagoon, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 30 SEPTEMBER 2022.

Selain itu pengunjung pasti teruja apabila melawat ke muzium lilin kerana dapat melihat lilin yang mencair disebabkan suhu yang panas membuatkan banyak hantu seperti Billy, Pennywise, Ghost Face, Freddy dan banyak lagi mula bertukar dan mengganas di kawasan kejiranan.

Menyeramkan dan pengunjung pasti tidak keruan tatkala perlu berjalan dalam keadaan yang penuh dengan darah manusia yang menjadi mangsa kekejaman si penjahat. Malah anda mungkin menjadi salah satu mangsa si pemotong daging!

Bukan itu sahaja, selain terikan rumah hantu ini anda juga dapat menyaksikan pelbagai persembahan yang menggerunkan seperti Circus FreakShow, Dendam, Reunited dan juga Tuer Pour Vivre.

Apa yang pasti pengalaman yang menakutkan sepanjang melawat NOG8 tidak akan membuatkan pengunjung menyesal. – MalaysiaGazette

Pengunjung yang hadir pada Pelancaran Media “Nights of Frights 8- Fear Lives Heres! “ ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sunway Lagoon, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 30 SEPTEMBER 2022.