Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan pihaknya telah menerima satu laporan mengenai penyebaran hasil siasatan terhadap buku bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas di media sosial.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, laporan siasatan itu dikesan dimuat naik dalam laman web www.malaysiatoday.net bertajuk rahsia-laporan siasatan ke atas buku Tommy Thomas, My Story Justice in the Wilderness.

Jelas beliau, berikutan laporan polis itu, siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tegasnya dalam satu kenyataan  hari ini.- MalaysiaGazette