Eldine akan memastikan jenamanya dikenali di seluruh Malaysia dengan mengukuhkan lagi jenamanya untuk menembusi pasar raya di negara ini.

KUALA LUMPUR – Berita baik kepada pengemar koko.

Jenama baharu serbuk minuman koko, Eldine yang popular di negara luar kini dijual dalam pasaran tempatan.

Eldine yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat tempatan, Dubai United Berhad dan dipasarkan oleh Eldine Empire, Eldine Premium Legacy dan beberapa lagi syarikat lain.

Sebelum ini produk minuman Eldine sudah dikenali di London, Turki, Dubai, Arab Saudi, Paris dan Bosnia dan kini produk berkenaan telah dijenamakan semula di Malaysia, menurut satu kenyataan baru-baru ini.

Eldine mendapat pengiktirafan sijil halal dari Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) pada 15 Mei lalu dan bakal membina kilang di Kota Bharu, Kelantan tidak lama lagi.

Produk Eldine keluaran syarikat tempatan.

Kini syarikat setakat ini mempunyai cawangan perniagaan di Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Produk berkenaan gabungan tiga jenis koko premium dari Malaysia, Brazil dan Mexico.

Hasil gabungan koko premium itu boleh dibuat air dan minum begitu sahaja tanpa perlu ditambah gula dan susu dan rasanya setanding dengan jenama koko terkenal dalam pasaran sedia ada.

“Apabila meminumnya pasti akan merasa kelainanya dari minuman koko biasa dan pasti ia rasa dan aromanya setanding dengan produk kontemporari yang sudah dikenali dalam pasaran,” kata kenyataan yang sama.

Selain itu, kandungan koko Eldine mengandungi zat besi, kalsium dan magnesium yang menggalakkan metabolisme dan pertumbuhan semula sel selain anti oksida yang melambatkan proses penuaan dan mengekalkan awet muda.

Ia juga mengandugi asid linoleic yang mencantikkan kulit dan menjaga kelembapannya selain polyphenols yang baik untuk kemurungan, depresi, reflux dan gerd.

Flavonoid pula dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan menurunkan tekanan darah.

Eldine berhasrat mengembangkan lagi empayar perniagaan di Malaysia dengan menyasarkan kepada semua golongan.

Dalam masa dua tahun, Eldine akan memastikan jenamanya dikenali di seluruh Malaysia dengan mengukuhkan lagi jenamanya untuk menembusi pasar raya di negara ini.

Kini pihaknya sedang giat mempromosikan produk melalui kerja-kerja amal.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk Eldine boleh menghubungi talian 013-969 5969 (Aiman) dan Eldine Empire 09-744 0025. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast