Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selepas hadir ke mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu di Hotel Glenmarie Golf Resort, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 06 OKTOBER 2022.

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa agar kerajaan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap persediaan menghadapi fenomena Monsun Timur Laut.

Gesaan itu diputuskan dalam satu mesyuarat yang dibuat parti itu semalam.

“Mesyuarat MPT Bersatu yang dipengerusikan oleh presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk mengatur gerak aset dan sukarelawan misi bantuan kepada mangsamangsa banjir di seluruh negara, melalui Skuad Prihatin Bersatu yang diketuai oleh Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Mohd Rafiq bin Mohd Abdullah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, 12 menteri Kabinet daripada Perikatan Nasional (PN) menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan pendirian tidak bersetuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini sebagai tidak wajar.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan telah mengesahkan surat itu yang ditandatangani oleh semua menteri PN kerana tidak mahu PRU-15 diadakan tahun ini.

Surat bertarikh 3 Oktober lalu sudah pun diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Khamis lalu dan mereka menyatakan pendirian untuk tidak bersetuju PRU-15 diadakan tahun ini kerana Jabatan Meteorologi meramalkan berlaku musim hujan lebat dan keputusan itu juga bagi membenarkan ekonomi negara pulih sepenuhnya untuk memudahkan urusan rakyat.

Biar pun tidak bersetuju untuk mengadakan PRU-15 namun dalam masa terdekat, parti itu berkata, pihaknya tetap bersedia untuk menghadapi PRU-15 sekiranya diadakan tidak lama lagi.

“Mesyuarat MPT Bersatu turut membincangkan persiapan jentera parti bagi menghadapi PRU-15 yang akan diadakan pada bila-bila masa,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast