Program Legacy Rider 1.0 akan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada 29 Oktober depan.

KUALA LUMPUR – Lebih 10,000 peminat sukan permotoran dijangka berkumpul pada Program Legacy Rider 1.0 yang akan  di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada 29 Oktober depan.

Program mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak antaranya Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bersama Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Penganjur, Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi yang Pengarah Urusan GGR Machine M Sdn Bhd, Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi berkata, pihak Malaysia Book of Records (MBR) turut dijemput bagi menyaksikan program bersejarah itu berdasarkan jumlah pembelian baju oleh peserta.

“Berdasarkan jangkaan itu, kami menjemput pihak MBR untuk menyaksikan dan mengesahkan sambutan yang dahsyat ini. Ini dapat disahkan lagi dengan kejayaan pasukan yang berjaya menjual sebanyak 10,000 helai baju yang dijual khas untuk program ini.

Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi

“Kami percaya program ini dapat mencapai objektif-objektif yang telah dirancang yang bakal memberi manfaat kepada banyak pihak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara selebriti jemputan Faizal Husin, Achey Raja Lawak, Afiq Shazwan, Johan Raja Lawak, Zul Huzaimy, Black Hanifah, Ajak Shiro, Farid Kamil, Tajul, Datuk Aliff Shukri dan Ustaz Ebit Lew.

Mengulas lanjut, Muhammad Musaddiq berkata, pihaknya turut menyediakan gerai-gerai jualan makanan, minuman dan juga pelbagai gerai cenderamata yang dibuka seawal pukul 8 pagi sehingga 6 petang. – MalaysiaGazette