KUALA LUMPUR – Berita baik buat peminat kumpulan pop yang terkenal 1990-an, Westlife yang akan datang ke Malaysia membuat konsert pada Februari depan.

Menerusi hantaran di Instagram penganjur, Trumpet International mengumumkan Weslife akan kembali ke Kuala Lumpr selepas konsert terakhir mereka di sini pada tahun 2019 dahulu.

“Trumpet International mempersembahkan kepada anda…’Westlife The Wild Dreams Tour In Malaysia’! Westlife akan kembali ke Malaysia selepas konsert terakhir mereka pada 2019!” tulis hantaran itu.

Konsert tersebut akan berlangsung di  Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 23 dan 24 Februari 2023 denga tiket bermula serendah RM294 hingga RM884 tidak termasuk yuran tiket.

Difahamkan, peminat juga boleh membeli tiket secara offline di Main Atrium, LaLaport BBCC esok bermula jam 11.00 pagi.

Kemudian, jualan tiket secara atas talian pula bermula pada Selasa ini.

Westlifeyang dianggotai Shane Filan, Nicky Byrne, Kian Egan, dan Mark Feehily menjadi kegilaan ramai dengan lagu-lagu sensasi mereka seperti Uptown Girld, My Love, I Lay My Love On You, If I Let You Go, Soledad, You Raise Me Up dan banyak lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast