KUALA LUMPUR – Penyanyi popular Indonesia, Kris Dayanti bakal mengadakan konsert Duo Diva Live In Malaysia pada hujung Oktober ini selepas lima tahun tidak bertemu peminat di Kuala Lumpur.

Lebih menarik, konsert itu turut menampilkan juara program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) iaitu Noryn Aziz yang terkenal dengan kekuatan vokalnya.

Wakil ACO Media dan Asia Momentum Media (AMM), Belvas Lee berkata, pihaknya sangat berbesar hati dapat menggabungkan dua nama bintang terkenal ini di atas pentas sama pada 29 Oktober ini.

“Bagi kami, Kris Dayanti merupakan diva di Indonesia manakala Noryn Aziz pula diva kesayangan ramai di Malaysia. Kami percaya bahawa kolaborasi dua diva ini akan mengegarkan pentas dan pastinya ada kejutan-kejutan yang bakal diberikan kepada para peminat mereka nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lee menambah, dalam konsert Kris Dayanti & Noryan Aziz: Duo Diva Live In Malaysia, dua artis ini bakal mempersembahankan lagu hits mereka seperti Menghitung Hari oleh Kris Dayanti dan Cerita Cinta oleh Noryn Aziz.

Konsert kali ini juga menjanjikan beberapa duet yang pastinya membuat para peminat terkejut tentang gadingan vokal bertenaga ini.

Bertempat di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), tiket konsert ini telah mula dijual pada 7 Oktober di www.ticket2u.com.my.

Harga yang ditawarkan bermula RM288, RM488, RM788, RM988 dan RM1,188. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast