KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato’ Onn di sini, malam ini.
Mesyuarat yang dijadualkan bermula pukul 8 malam itu dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Wanita, Datuk Dr. Noraini Ahmad; Ketua Pemuda, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; Setiausaha Agung, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Bendahari Agung, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Pemimpin-pemimpin parti komponen yang hadir ialah Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan timbalannya, Datuk Dr. Mah Hang Soon serta Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan.
Difahamkan, mesyuarat itu bertujuan membincangkan persiapan BN untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berikutan pembubaran Parlimen semalam. – MalaysiaGazette