Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bergambar bersama tetamu yang hadir selepas Majlis Perasmian Pembukaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) di Plaza Tol Denai Alam, Lebuhraya DASH. Foto MOHD ADZLAN, 13 OKTOBER 2022.

SHAH ALAM – Tuduhan bahawa pembubaran Parlimen dilakukan kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengikut telunjuk kluster mahkamah dan kleptokrat dalam UMNO adalah tidak berasas.

Ismail Sabri yang membidas tuduhan tersebut menyalahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana melakukan perpecahan dalam Kabinet melalui Menteri daripada Perikatan Nasional (PN).

“Bukan sahaja kecaman tetapi kenyataan tidak bersetuju dengan parti sendiri, dengan gabungan parti, kata kerajaan gagal dan perlukan pilihan raya semula dan cepat adalah daripada Presiden Bersatu (Muhyiddin)

“Dia adalah parti yang sama dalam gabungan kerajaan, ada sembilan Menteri daripada parti dia, tiba-tiba dia serang kerajaan, itu merupakan perkara yang amat tidak bertanggungjawab.

“Kalau dia kata saya tak bertanggungjawab, dia memulakan perkara yang saya lakukan hari ini bermula dengan perpecahan yang saya jangka terus berlaku di dalam kerajaan.

“Bagaimana saya nak menguruskan kerajaan dengan baik kalau saya tak yakin dengan kesepakatan ataupun solidariti sesama Menteri Kabinet,” katanya kepada pemberita di Plaza Tol Denai Alam, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (Dash), di sini.

Hadir pada majlis, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Semalam, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan membidas dan menyifatkannya kenyataan Ismail Sabri sebagai dangkal kerana mendakwa tindakan 12 Menteri PN mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebagai punca ketidakstabilan politik.

Ahli Parlimen Gombak yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) Bersatu mendakwa, punca sebenar ketidakstabilan dan ketidakharmonian dalam kerajaan hari ini adalah akibat percakaran kuasa antara kleptokrat dengan kluster Ismail Sabri.

Dalam pada itu, Ismail Sabri tidak meragui pengaruh Muhyiddin susulan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin sendiri mengakui warkah itu diutuskan kepada YDPA kerana mengikut arahan partinya.

“Seperti kata Datuk Hamzah semalam dia juga hasil daripada keputusan parti, maknanya dia bergantung kepada keputusan parti.

“Maknanya pengaruh parti kepada Menteri-Menteri Kabinet daripada Bersatu tak boleh dipisahkan, bermakna menerima arahan daripada presiden parti.

“Parti arahkan tulis surat walaupun agak kurang wajar, mereka tulis surat kerana arahan daripada parti, sebab itu semalam ia diakui Datuk Seri Hamzah Menteri Dalam Negeri.

“Saya tak menyalahkan mereka (12 Menteri PN) kerana mengikut arahan parti,” jelasnya.

Tambahnya, jika arahan parti itu berterusan untuk menggoncang kedudukan kerajaan, beliau tidak menolak kemungkinan ketidakstabilan itu boleh wujud.

“Kalau kerajaan tak stabil, macam mana kita nak meneruskan pemulihan ekonomi dan agenda-agenda yang lebih besar.

“Sebab itu bagi saya, kita serahkan mandat kepada rakyat, rakyat membuat pilihan dan kita membentuk kerajaan baharu yang lebih stabil selepas PRU15,” katanya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. araaaHAN ZAHID atau muhyidin….ZAHID DAN KONCO 15 orang serta video bersama ANWAFIKUN meratib keabsahan PN GAGAL GAGAL GAGAL dalam masalah covid…umnogok beri jaminan dalam 100hari selesai covid ISMAIL SABRI pun GAGAL

    arahan muhyidin DAN 12 orang untuk difikirkan masalah banjir bakal melanda dengan derita rakyat harga barang inflasi dan banjir kelak. FOKUS pada kepentingan rakyat UTK TANGGUH dulu PRU 15 yang berakhir MEI 2023

    .BAJET 2023 jadi sandiwara ZAHID yang TIADA KUASA tapi GILA KUASA

  2. TIDAK BERFIKIR yang GILA KUASA….banyak sekolah dan balairaya menjadi penempatan MANGSA2 BANJIR
    pASUKAN KESELAMATAN POLIS TENTERA JPAM KKM bertambah BEBAN TUGAS jika PRU bertemu dalam MUSIM BANJIR

  3. Mudin sembab ni mmg gila kuasa…meroyan nak jd PM setelah gagal…dia dah banyak kali khianat…lepas dia khianat PH..dia nak khianat kerajaan Mail Sabri plak..syabas tuan PM sebab gagalkan rancangan jahat Mudin Cirit

Comments are closed.