Presiden Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia, Ding Hong Sing

KUALA LUMPUR – Kestabilan politik merupakan satu keperluan bagi memastikan keadaan ekonomi berada dalam keadaan baik.

Presiden Persatuan Penguasa Kecil dan Sederhana Malaysia (SME), Ding Hong Sing berkata, dalam keadaan politik negara yang tidak stabil maka adalah baik jika Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan dengan segera.

“Apabila PRU diadakan, rakyat boleh pilih kerajaan yang mereka mahu, kali ini kami hanya mahukan kestabilan. Kita perlukan kestabilan untuk kembali pulihkan pasaran dan bawa masuk pelabur

“Ringgit kita semakin hari semakin susut berbanding dolar, tahukah anda berapa besarnya impak ini kepada kami terutamanya yang terlibat dengan import bahan mentah?’ katanya kepada MalaysiaGazette.

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JPMorgan Chase, Jamie Dimon berkata, kemelesetan ekonomi global dan Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan terjadi menjelang pertengahan 2023.

Inflasi melonjak di AS dan seluruh dunia, kenaikan kadar faedah lebih tinggi daripada jangkaan dan perang Russia-Ukraine dianggap faktor ‘amat serius’ yang boleh menyebabkan kemelesetan, menurut ketua bank pelaburan multinasional dan syarikat perkhidmatan kewangan berpangkalan di AS itu.

Kata Hong Sing, sudah tiba ahli-ahli politik menghentikan cerita retorik dan bercakap tentang realiti ekonomi negara yang tidak memberangsangkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast