Mohamed Khaled Nordin.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu tampil memberi penjelasan berhubung kegiatan dan operasi agensi pengintipan Mossad yang dikatakan berada di Malaysia.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia perlu dibuat kerana isu tersebut bukan hanya membabitkan keselamatan bahkan, turut melibatkan kedaulatan dan maruah negara.

Katanya, Malaysia tidak boleh dibiarkan menjadi medan operasi pengintipan jahat mana-mana pihak, apatah lagi oleh rejim haram seperti Israel yang tidak diiktiraf di negara ini.

“Adalah kritikal untuk pihak berkuasa meneliti dan menyiasat saluran serta entry window yang membolehkan operasi sedemikian menyelinap masuk, bertapak serta beroperasi di dalam negara kita.

“Penglibatan ramai warga tempatan yang tidak bertanggungjawab dalam sindiket ini menuntut kita untuk bukan sahaja memberikan mereka hukuman yang tegas dan keras, malah, mesti membentuk pasukan khas dengan segera untuk meneliti dan mendalami taktik serta strategi Mossad mendekati dan melatih orang tempatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Mohamed Khaled berkata, semua itu tidak berlaku dengan mudah melainkan Mossad benar-benar memahami ekosistem dan pendekatan keselamatan dalam negara ini.

Ujarnya, kerajaan mesti melihat isu tersebut secara serius dan perlu menjelaskannya kepada masyarakat.

Katanya, rakyat bukan sahaja mahu jawapan mengenai kekeliruan dalam menentukan perkara sebenar, namun ia boleh dijadikan kesedaran kepada orang awam berhubung jenayah berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast