JOHOR BAHRU – Orang ramai terutama rakyat di negeri ini diingatkan supaya tidak tertipu dengan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa telur ayam tercemar yang ditolak Singapura dijual semula di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, kerajaan negeri akan memastikan  telur yang tercemar itu tidak dipulangkan ke Johor dan ia dilupuskan di Singapura.
Katanya, setakat ini  Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) tidak  menerima aduan berkaitan telur ayam yang tercemar dijual pasaran Johor.
“Kita juga tidak menerima laporan Jabatan Veterinar Negeri Johor (JVNJ) mengenai telur ayam tercemar dijual di pasaran negeri ini ketika ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Baru-baru ini, tular di media sosial yang mengingatkan orang awam untuk berhati-hati kerana terdapat ambakan bekalan telur di pasaran Johor Bahru.
Dalam perkongsian itu menyatakan individu yang membeli telur di pasaran mudah terkena penyakit memandangkan ia merupakan telur tercemar.
Menurut Tian Soon, keselamatan makanan di Singapura adalah lebih ketat berbanding di Malaysia dan jika ianya benar perkara itu berlaku, telur yang tercemar tidak akan dipulangkan ke Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast