KUALA LUMPURĀ – Doktor pakar kelahiran Malaysia yang sedang berkhidmat di London, Dr Nur Amalina Che Bakri kini mencuri perhatian netizen selepas selamat melahirkan anak sulungnya di Hospital St. Thomas.
Ini kerana dia baru sahaja empat hari melahirkan anak dan dalam tempoh berpantang, Amalina kelihatan sihat dan bertenaga.
Menerusi perkongsian terbaharu di Instagramnya, Amalina memuat naik beberapa keping gambar bersama puteri kesayangannya, Arabella Mia, semalam.
Dia dilihat sedang bersiar-siar bersama anaknya yang diletakkan di dalam stroller baby sambil menikmati udara segar.
Susulan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum memandangkan Amalina kelihatan sangat kuat keluar daripada rumah tanpa menunggu tempoh berpantang tamat.
Sebelum ini, wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu menjadi bualan hangat warga netizen apabila memilih status kewarganegaraan British untuk anak pertamanya.
Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac tahun lalu. – MalaysiaGazette