Penyanyi, Mafarikha Akhir dimasukkan ke wad sebuah pusat perubatan di Kajang dekat sini selepas dijangkiti Covid-19 tahap lima baru-baru ini.- Gambar media sosial.

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Mafarikha Akhir dimasukkan ke wad sebuah pusat perubatan di Kajang dekat sini selepas dijangkiti Covid-19 tahap lima baru-baru ini.

Dia juga berdepan dengan kemungkinan untuk ‘ditidurkan’ oleh pihak hospital.

“Sekarang saya dijangkiti Covid-19 tahap lima. Doakan saya tak ditidurkan. Lapar tapi doktor suruh puasa, tiga hari dah tak dapat makan sebab semua body reject. Minum saja boleh.

“Saya okey saja cuma paru-paru dengan perut dah banyak air, buah pinggang pun terganggu. Masalah hari ini semua yang saya tak pernah alami. Jadi kita tabah saja dekat wad kritikal hospital. Jururawat juga semuanya baik,” kata penyanyi bersuia 29 tahun itu seperti dilaporkan portal hiburan malam ini.

Baru-baru ini, Mafarikha baru pulang dari Istanbul, Turkiye bersama suaminya, Muhammad Zariq Noorulyusaa.

Penyanyi lagu ‘Angin’ itu berkongsi dia mengalami muntah-muntah serta badan menggigil pada tiga hari terakhir di Istanbul.

Bagaimanapun suaminya dalam keadaan sihat.

“Saya ingatkan keracunan makanan dan tiga hari terakhir di sana, saya hanya berehat tidak ke mana-mana. Setiba ke Malaysia hari ini, saya terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Mulanya doktor maklumkan saya menghidap Covid tahap empat. Ini kali pertama saya dijangkiti Covid,” katanya yang memohon doa dari peminatnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast