KUALA LUMPUR – Pelakon Sherry Ibrahim menjelaskan dia belum berniqab seperti sangkaan sesetengah pihak tetapi hanya mengenakan imej tersebut ketika menghadiri majlis ilmu anjuran Neelofa baru-baru ini.
Pemilik nama sebenar Syarizad Ibrahim, 39, memberitahu dia tidak berniqab seperti sangkaan sesetengah pihak tetapi hanya mengenakan imej tersebut ketika menghadiri majlis ilmu itu
“Apapun, terima kasih kerana menjadi positif tentangnya. Semoga kita semua berada dalam keadaan yang baik-baik dan sentiasa beristiqamah,” tulisnya dalam satu hantaran InstaStory.
Terdahulu pada minggu lalu, penampilan pelakon itu yang tampil mengenakan jubah bersama niqab sedondon berwarna putih menarik perhatian peminat.
Dia yang sempat bergambar bersama Neelofa dipuji sangat cantik seperti bidadari kerana menggayakan imej berniqab.
Malah ramai antara peminatnya mendoakan agar pelakon itu agar istiqamah dengan imej tersebut.
Selain Sherry, majlis tersebut turut dihadiri ramai lagi selebriti wanita popular lain antaranya Bella Astillah, Farah Nabilah, Wawa Zainal, Kaka Azraff, Mawar Rashid, Zulin Aziz dan Puteri Sarah Liyana. – MalaysiaGazette