Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik sekiranya tidak mendapat majoriti selepas Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu perlu bagi memastikan BN berjaya membentuk kerajaan selepas 19 November depan.

“Kalau 85 kerusi yang dimenangi jelas kita tak mampu untuk bentuk kerajaan, jadi tentu sahaja kita akan bekerjasama dengan parti lain contohnya GPS dari Sarawak, GRS dari Sabah atau apa parti yang akan ditentukan parti selepas PRU15,” katanya menjawab pertanyaan media selepas merasmikan Media City Angkasapuri di Angkasapuri hari ini.

MalaysiaGazette hari ini mengutarakan pendapat penganalisis politik, Dr. Azmi Hassan yang menjangka BN mampu meraih kemenangan 80 hingga 85 kerusi Parlimen di Semenanjung yang mempunyai majoriti sekurang-kurangnya 65 peratus pengundi Melayu.

Melihat kepada angka tersebut, beliau berkata, ia masih tidak mencukupi untuk BN mendapatkan majoriti mudah 112 kerusi.

Maka, BN memerlukan sokongan parti-parti lain khususnya di Sabah dan Sarawak untuk kembali membentuk kerajaan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, apa pun, BN akan bertindak melihat dahulu keputusan PRU15 sekiranya berpihak kepada gabungan itu atau pun tidak.

“Apa hal pun kita tunggu dahulu keputusan pilihan raya, parti akan membuat keputusan (selepas PRU15),” kataya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast